PERKHIDMATAN BADAL HAJI
PERKHIDMATAN BADAL HAJI 2024
.jpg)
.jpg)
.jpg)
SOAL JAWAB
- Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
2. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
HIKMAH BADAL HAJI KEPADA UMAT ISLAM
Dalam setiap ibadah yang dilakukan pastinya Allah datangkan bersamanya hikmah, begitu juga dengan badal haji. Di antara salah satu hikmah yang dapat kita ambil dari pelaksanaan badal haji ini adalah Allah masih memberi peluang kepada anak-anak untuk berbakti kepada orang tua mereka dengan menyempurnakan ibadah haji yang tidak sempat dilaksanakan ketika masih hidup di dunia. Oleh yang demikian, terimalah tanggungjawab ini dengan berlapang dada.
PERKHIDMATAN BADAL HAJI
AMTC adalah pilihan Badal Haji yang TEPAT buat yang tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi atau yang sedang UZUR. Maka hadiahkan mereka pakej perlaksaan ibadat yang lengkap dan terjamin. Sesungguhnya kami amat mementingkan KUALITI dan KEBERKATAN dalam perlaksanaan .Hanya 200 kuota sahaja setahun diseluruh Malaysia.
MENGAPA menggunakan khidmat AMTC ?
- Berpengalaman mengendalikan khidmat Upah Haji selama lebih 11 tahun
- Khidmat upah Haji bagi yang telah meninggal dunia/uzur dengan akad yang jelas
- Diuruskan sepenuhnya oleh perwakilan AMTC di Mekah
- Pengurusan yang telus & berwibawa serta diyakini
PERLAKSANAAN IBADAH BADAL HAJI TAHUN 2024/1445
1. AMTC sebagai wakil pemegang amanah akan menyerahkan upah haji kepada wakil kami yang berada di Kota Makkah Al-Mukarramah antaranya pelajar atau pekerja atau Mutawwif yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah setiap tahun.
2. Perlaksana Badal haji (telah mengerjakan haji) akan melaksanakan upah haji bagi mewakili seorang sahaja nama hingga selesai.
3. Apabila selesai perlaksanaan ibadah tersebut. Pihak MITC akan hubungi waris untuk mengambil atau post sijil/cenderahati iringan. (Tempoh sebulan atau lebih selepas selesai..insyaAllah)
Pengurusan Upah Haji adalah termasuk perkara berikut :
1. Wukuf di Arafah (09 Zulhijjah)
2. Melontar di Mina
3. Tambang dari Mekah ke Arafah
4. Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
5. Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
6. Tawaf dan saie' haji
7. Kos operasi pengurusan di tanah air dan Mekah.